AL-QURAN DAN AL-SUNNAH SEBAGAI SUMBER AQIDAHRasulullah s.a.w. telah diutus Allah pada zaman pupusnya tanda-tanda keimanan kepada Allah Tabaaraka Wata'ala Bangsa Arab mempercayai kewujudan Allah, dan Dialah Tuhan Pencipta Alam Buana dan yang menurunkan hujan, tetapi pada pandangan mereka, tuhan ini tidak berkuasa menghidupkan mereka selepas mereka mati. Tujuannya mencipta manusia semata-mata supaya mereka menghayati dunia yang diadakan untuk mereka ini.
Bagi mereka di sana tiada kiamat dan tiada hisab. Kemudian bagi mereka, Allah itu seperti raja-raja di muka bumi yang memerlukan wasilah seperti malaikat dan golongan solihin yang disayangiNya untuk mendapatkan rezeki dan hujan serta pertolongan bagi menumpaskan musuh-musuh. Di kalangan kaum Nasrani hanya segelintir sahaja yang mengetahui agama yang sebenar. Majoritinya mempercayai Nabi Isa a.s itulah tuhan atau anak Allah, menjadikan paderi-paderi dan pendeta-pendeta sebagai tuhan serta mematuhi dan melaksanakan apa sahaja yang diluahkannya walaupun bertentangan dengan isi kandungan kitab Injil mereka. Mereka telah menjadikan golongan yang soleh di kalangan mereka sebagai sasaran pendewaan dan pemujaan. Kaum Yahudi pula bersikap keterlaluan apabila menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka menempelkan kepadaNya segala jenis keburukan dan kecacatan yang terdapat di kalangan makhluk manusia seperti berbohong, bakhil, lalai dan jahil tentang apa yang akan berlaku. Di negeri Parsi dan benua India pula terdapat amat banyak falsafah yang setiap satunya menggambarkan tuhan yang mereka sembah dengan gambaran yang disenangi oleh akal orang yang menggambarkannya. Ada falsafah yang mengatakan alam ini mempunyai dua tuhan, satu tuhan untuk cahaya (kebaikan) dan satu tuhan untuk kegelapan (kejahatan). Ia mendakwa kedua-dua tuhan tersebut sentiasa bertarung. Ia menyerupai manusia supaya menyokong tuhan cahaya dan kebaikan dengan menyalakan api agar yang benar mengalahkan yang batil. Ada falsafah yang menganjurkan kepercayaan kepada tuhan pencipta-pencipta alam buana, dan mengajak manusia bermujahadah dengan berbagai-bagai cara sehingga fana' dan bergabung dengan tuhan itu agar rohnya tidak kembali semula ke alam buana ini selepas mati kelak! Ada pula falsafah yang menganjurkan kepercayaan kepada kewujudan kulli bagi zat yang tunggal, yang berbilang-bilang kewujudannya dengan berbilang-bilang sifatnya. Para penyair dan sasterawan Parsi amat terpesona dengan zat tunggal yang ternampak kepada mereka ada pada segala sesuatu dan pada segala yang wujud. Di Negeri Greek lahir berbagai falsafah yang sebahagian besarnya menganjurkan kepercayaan kepada khaliq alam buana yang mereka namakan wajib untuk kewujudan atau sebab segala sebab, dan darinya lahir dan terbitnya alam. Tetapi falsafah ini berada di tengah-tengah kebingungan dan tidak mampu menentukan matlamat dan tujuan alam buana ini dicipta, dan titik akhir yang dituju manusia
Baca Selengkapnya ya...
Bagi mereka di sana tiada kiamat dan tiada hisab. Kemudian bagi mereka, Allah itu seperti raja-raja di muka bumi yang memerlukan wasilah seperti malaikat dan golongan solihin yang disayangiNya untuk mendapatkan rezeki dan hujan serta pertolongan bagi menumpaskan musuh-musuh.